Powered By Blogger

Thursday, October 6, 2011

Aku, Juru Kaunter Sekejap

Aku. Menjaga kaunter. Hari ni hari Khamis, ini shift pertama aku di waktu tengah malam... 12 tengah malam sampai 8 pagi kejap lgi. Sebelom ni tiga hari pertama aku, aku shift pagi, rase mcm biase jer... sebab aku pon memang masuk opis jam-jam itu jugak..
Dah lah tak tidur siang td.... memang entah hape2...Kelat Kelot bijik mata aku nie hah! 
Bak kata kawan aku "Jadi Panda aku sebab tak tido nie"
                Bagaimanakah aku boleh tercampak disini???
Panjang cerita nya. Dan dipendekkan.... Aku di perlu kan disini.. sementara untuk mengisi kekosongan. Ramai cakap, tak pe sebab ade komisen. Well, aku doa kat Allah supaya aku wat kerja ni ikhlas dan berkat. AmiinN. Allah je yang tahu bertapa aku risau kan kerja aku yang akan berlambak dan bertimbun seperti kilang kertas nanti kat opis tue =)))))

           Yang paling best statement aku dengar adalah daripada Mama kesayangan aku. Kata nya "Entah2, nk dapat jodoh kat situ kot" Sambil tersenggih kosong dan meng-Amin kan ape Bonda kesayangan aku cakap. Dalam hati aku cakap "Hahh!! jangan masin mulut mak aku ni sudah lah! Jeng..Jeng!! "
Betol-Betol Jeng!! Jeng! Jennnnng! nie.

Tuesday, September 20, 2011

Hebatnya Eunhyuk Aku!

Pergh!! Terror lah Boyfriend Eunhyuk aku nie Hebat !! (Sekadar pujian sebagai seorang peminat)







Anda ada nak kata ape2 ker???  Sebab saya dah tak tahu nak cakap ape.....

Misi Pencarian ku..

Dulu time belajar-belajar.... 
Kalau setiap kali lepas solat aku mesti ade salah satu doa wajib iaitu semoga dapat result yang bagus.
Sekarang...
Salah satu doa wajib aku... 
"Kurniakan lah aku suami yang soleh, yang boleh jadi sahabat-ku 
dunia dan akhirat" 
Aminn


"Sesungguhnya, yang terbaik adalah daripada-Nya"


Rezeki memang dari-NYa

(Post ni ade dlm draft aku dah 6 bulan)
Aku dah cuti genap masuk mggu kedua dah nie.... mama aku dah bising sebab tak cari kerja apa-apa pon lagi... Mohon pon tak..memeng lah die bising. So, esok hari Isnin. Aku nekad utk bangun awal dan pegi mohon kerja kat jobstreet jer...(macm lah susah sgt je nk apply kerja tu,poyo jer). Petang tu sambil aku mengentel inti tat nenas yakni, dikategori kan business family aku lah... aku cuti..of coz aku kene tolong ape patot kan. Dlm Pukul 3 ptg mcm tue.. Housemate aku call dan bertanya kan "nk g interview ngn die x esok kat area KL, sbb company tu nk 2 position,nak?" of coz dengn pantas aku menjawab.. "tengok dlu..sbb xtau mcm ne nnt". Bile tanya pendapat dan persetujuan sebulat suara family aku.... aku pon bersetuju untuk pegi interview besok. Wow, aku terkejot... interview????? resume? baju? gambor pasport? prepare for company profile? bla..bla..bla.. dan banyk lgi dlm kepala aku. Nasib baik resume aku dah ade... gambo dah amik.. baju dah beli.. just nk tgk company profile company tue jer lah.
Selase. Aku pegi interview tu dengan berperasaan yang sangt berbahagia (perasaan yg lebih kepada TAK dapat kerja tu, pegi suke2) sebab dgn result yg aku xbangga langsung dan aku pergi ngn bestfrend aku yg ada result paling tinggi (cepat nye aku down, sbb competitor hebat sgt  =) )  So, aku mmg pergi sebab nk kan pengalaman berinterview je. Dan bermaksud ini interview aku yg pertama dalam hidup. Memang nervous lah. Time interview tu, account manager tu siap suruh buat journal entries lagi.. confirm aku lupe!!! Aku tersenggeh2 je lah time die suruh aku buat tu.. sebab aku tau mmg ade yg salah..lupe!!!!!!
Pas interview dgn die..kitrg kene tunggu sebab boss paling besau xde. lepas lunch baru die ade. So, xtau result kan? So, tunggu jelah. Bile masa interview dengan boss besau kitrg di interview bersama2.

Monday, September 19, 2011

YE! AKU TAKKAN!!

Yer! Aku takkan!! Aku takkan!! Sampai mati pon takkan! Sambil mengetap gigi ku.

Pas tu terus hati aku berkata "Tak elok ego2 Fiza"



Aku pun terus berkata kepada hati aku ni  "Terima Kasih Hati" 



Sunday, April 17, 2011

Semangat di pagi hari

Malam tadi aku tak dapat tidur. Ni mesti angkara nak apply kerja pagi nie... Dulu waktu aku nk apply tempat praktikal pon cam gini... huhuhu.
Pagi ni.... belom pukul 7 pagi je Mak aku dah wish Good Luck...WAH, BERSEMANGAT WAJA AKU!!! utk apply kije.. hahahaha   
Baru 3 minggu cuti lepas habis exam. so kalo takat kerja untuk potostate ke hantar2 surat ke buat air ke.... record merecord ke ok lah kan... huhu
WISH ME LUCK!!!

Saturday, April 16, 2011

[Translation]


My heart that loved you
my eyes that looked at you
ARE STILL HERE.


[Chorus]Oh baby say goodbye, for a short while goodbye
The talk about goodbye, I’ll put it aside for a short while
When I open that door and take one step
your breath that’s conveyed to the tip of my nose

In the cold wind the feeling of your warm hand stays for a while
all your traces become tears and stay on my cheeks
After I go on for a trip for a short while and wipe of my heart wrenching wound
after time passed by when I meet you I will tell you that I missed you

[Chorus]

Today when the sun sets and the moon rises again, it’s still the same
oh why is my heart changing this fast
Your appearance that resembled the blue sky rains
when my body gets wet from this rain I’ll hide my running tears

[Chorus]
In the past when I did whatever I wanted and was foolish
you who embraces all of that are really precious


[Chorus]
Oh baby say goodbye, for a short while goodbye
I’ll go back to the place when I once was
When I open that door and take one step
so that I can stand in front of you who i missed

My heart that loved you
my eyes that looked at you
I’ll WAIT…


Diambil dan translate dari A Short Journey - Super Junior


Lirik lagu ni ditulis oleh Eunhyuk dan melodi nye di buat oleh Donghea. Dorang ni ahli group Super Junior jgak. Aku peminat Eunhyuk sebab tu aku dengar lagu ni.. That's would be the first reason why aku dengar lagu ni. Eunhyuk buat lagu ni untuk Kangin yg jagk ahli group Super junior, yg pegi wat military selama dua tahun.
"Aku tak tahu nape lagu ni sgt cedih untuk aku? mungkin aku harap ade org yg dedicate lagu ini untuk aku kot =) ditambahkan lagi dengan rentak nya yg memang cedih.  "





Rindu korang!!

Aku baru dua minggu habis belajar dan kira dah masok kategori pra-penganggur lah kan? kan?
Baru dua minggu tapi aku dah rindu sangat kat bebudak rumah aku. Roomate aku Gee, housemate ku Lily dan Irr.

Sunday, January 9, 2011

Ya Aku Pernah


Ya Engkau. Walaupun hati aku rimas, bibir aku kering, walau perut masuk angin. Ya dahulu semua engkau pertama. Dahulu kau selalu teman kan aku... kau cari aku untuk teman kan kau... aku tak pernah kata tak boleh. Ya aku pernah bahagia bersama kau. Pertama kali nya kau buat aku terpukau dengan keikhlasan kau nak berkawan dengan aku. Ya aku terpaku mengaku aku cinta kau. Ya aku suka kau. Bila ada orang cakap “you deserve a better person”, aku tak pernah menyesal dengan keputusan aku ini. Ya aku bahagia.
Dahulu kau selalu buat aku senyum gembira tak kira aku dimana dan kau dimana. Bila pandang, semua nya nampak bahagia. Semua orang suka kau, mereka kata untung aku dapat kau. Kau caring dengan semua orang. Aku suka mereka kata begitu. Aku bahagia.
Dahulu aku tak pandai jaga waktu makan ku, kau marah. Pesanan kau yang sentiasa ada dengan aku. Tidur kene cukup. Ya aku ikut semua pesan kau. Aku bahagia. Aku suka kau marah sebab itu tanda nya kau sayang kan aku. Aku hargai semua nya.
Dulu kita keluar dating kau mesti beli kan aku oleh-oleh. Coklat, teddy bear, cincin, t-shirt, jam tangan, gelang tangan dan macam-macam lagi yang kau beri. Aku suka. Terima kasih.
Dahulu tiap-tiap malam kau hubungi aku untuk ucap selamat malam sayang, sleeptite, sweetdream dan macam-macam lagi. Ya aku bahagia sangat.
Kau suka dengar lagu slow rock. Kau tujukan kan lagu Always Bonjovi, To Be With You Mr.Big dan Lifehouse You & Me untuk aku. Aku suka. Search kat Google lagi lirik nya macam mane. Aku teruja.
Kalau aku sedih, kau mesti ada untuk dengar semua cerita sedih aku tu. Kalau aku nangis kau pon nak nangis jugak. Tapi itu dulu, kini aku tak berhenti nangis kau nak letak phone. Tapi aku masih bahagi dengan semua tindakan kau.
Tak pernah lekang di mulut kau, kau kata kau cinta kan aku. Aku percaya. Terima kasih. Disini, kita dulu lepas kelas mesti pergi makan lunch dan malam sama-sama. Ya aku bahagia. Ya aku memang bahagia bersama kau walau pun kau tiada apa untuk dibangga- bangga kan. Aku tak pernah tipu diri aku yang aku benar-benar cinta akan kau. Sedikit pun aku tak pernah.


Bila kini kau jatuh dengan teruk, aku nak jadi orang pertama yang sokong kau buat apa sahaja untuk bangun semula. Ya, kau memang cari aku. Aku masih bahagia. Kita suka seseorang kerana dia berharta, berupa paras menawan atau bijak laksana. Kenapa aku mencintai kau? Aku tak pernah cungkil kenapa..... kerana aku tahu aku ikhlas sepenuh nya mencintai kau. Aku pun harap kau begitu. 
Bila tiba masa dugaan datang berlipat ganda, aku jauh dimata kau. Lebih dari 3 bulan kita tak jumpa. Setiap kali kita rancang untuk berjumpa mesti malam sebelum tu kau buat aku sakit hati sehingga aku tak nak tengok muka kau. Kau sakit kan hati aku. Kau buat aku risau dan rimas. Aku masih bahagia.
 Kau kata kau cemburu tengok kawan-kawan kau dengan buah hati masing-masing. Macam mana dengan aku?? Aku? Aku pun seorang sahaja disini. Kenyataan kau memang tidak adil. Dan perhubungan kita jadi makin menjauh kerana mesej tak berbalas, call tak dijawab. Aku risau.

Bibir aku sejuk dah jadi biru, tunggu kau.

Memang semakin jauh aku dan engkau. Tapi ya aku masih setia.
Bila kau disana, lepak dengan kawan-kawan kau, aku janji takkan contact kau, itu janji aku dengan kau dan aku rasa memang aku mengganggu kau. Kau lepak, mandi air terjun dengan kawan-kawan kau, dua hari kau tak contact aku. Apa patut perasaan aku?? Kau buat aku risau lagi.
Kalau kau tidur, mimpi kan aku. Dalam mimpi-mimpi itu aku yang jahat ada lelaki lain. Sehingga buat kau bangun dan menangis. Jahat nya aku dalam mimpi-mimpi kau tu.
Suatu hari, kau mengata kan pada ku ada seorang kawan perempuan kau, menyukai kau. Tapi kenapa kau tak bagitahu aku apa perasaan kau kat dia? Aku tak tanya sebab aku harap kau tak ada rasa ape-ape. Dan perempuan itu tahu kau mempunyai aku. Aku masih percaya kerana aku beri kepercayaan lebih seratus peratus pada kau kerana kalau aku jadi kau aku tak buat begitu. Kesetiaan ku bukan untuk dipermain-main kan. Tapi akhir nya kau tetap kalah dengan perempuan yang menyukai kau. Kau kalah dengan godaan didepan mata kau. Kau lupa kan aku, kau lupa kan semua perkara bahagia dan sedih yang kita pernah kongsi bersama. Kau lupa.
Kau tinggal kan aku. Kau tipu aku. Kau bodohkan aku. Kau gunakan kesetiaan aku. Kau gunakan kepercayaan aku. Kau buat aku trauma. Terima kasih Kau.
Ya aku memang aku pernah. Aku pernah rasa sangat bahagia dan aku pernah rasa sangat kecewa. Terima kasih. Aku bodoh sebab terlalu percaya kan kau. Hubungan kita lebih dari tiga tahun ni, ini adalah penghujung yang aku tak pernah fikir kan. Aku memang tak jangka kau buat aku macam ni. Memang suatu hari kau akan rasa lebih teruk dari aku.
 Kini, ya aku pernah rasa macam mana ditinggal kan. Wow, sakit nya tak terkata dibibir, cuma bernanah dihati.
Aku menangis. Aku selsema. Aku tidur. Aku makan. Aku solat. Aku fikir, perlu ke aku terus sedih disini sedangakan dia bergembira disana? Kakak kesayangan aku call aku. Dia kata, ramai lagi lelaki kat luar sana “Lelaki baik untuk perempuan yang baik jer”. Ya memang ramai yang sayang kan aku. Aku sangat bahagia disini tanpa kau. Kau tak ada seminggu aku rasa lapang macam setahun. Aku tak perlu risau akan kau lagi. Ya, aku gembira kerana aku pernah rasa bagaimana ditinggalkan. Kau buat aku tambahkan pengalaman dalam hidup aku. Memang sakit. Aku tak perlu ditipu lagi dengan kau, kau yang pernah dusta kan aku.

P/S: asal aku xde perasan wat post nie....hahahaha

Monday, January 3, 2011

Nape tercipta nye blog aku nie??

Kenapa?? pertama mungkin aku rase aku memang suke mengarang disebab kan aku bace novel-novel mak aku....hahahaha kedua ade orang-orang yg hebat untuk ajar aku mcm ne nk wat blog......   
Tunggggggggu post seterus nye....